Text Box: Lebih kurang 1490 tahun hijriah yang lepas telah lahir seorang insan yang  termulia dikalangan umat manusia yang akan membawa rahmat bagi sekalian alam, dimana pada hari ini kita memperingati kelahirannya, insan yang termulia dikalangan makhluk ini adalah penghulu serta penutup nabi dan rasul. Insan yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad SAW bin Abdullah.
        
Kenapa hari ini kita menyambut kelahiran beliau SAW? ini kerana, kali ini kita ingin memberi peringatan dan kesedaran bukan sahaja pada umat Islam tetapi juga kepada seluruh umat manusia tentang tugas yang terpenting yang Nabi SAW diutus dengannya. 
        
Setelah wafat Nabi SAW tugas ini beralih tangan kepada sahabat selepas para sahabat tugas ini dipikul oleh tabiin selepas tabiin dipikul oleh ittabiin dan seterusnya hingga hari ini dimana tugas itu beralih tangan kepada kita umat Islam.

Apakah sebenarnya tugas Nabi SAW itu?

Jawapannya terdapat pada Surah Al-Anbia ayat 107:

æóãóÇ ÃóÑúÓóáúäóÇßó ÅöáÇøó ÑóÍúãóÉð áöøáúÚóÇáóãöíäó 

“ Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Ayat ini bermaksud, bukan sahaja Nabi SAW itu rahmat tetapi agama yang di bawanya itu adalah rahmat bagi sekalian alam, yakni agama Islam itu adalah juga rahmat bagi sekalian alam.

Bagaimana agama Islam itu menjadi rahmat bagi sekalian alam? tentu sekali agama Islam mesti mengatasi semua agama sehingga ia menjadi agama seluruh alam, inilah sebenarnya tugas Nabi SAW iaitu menjadikan agama Islam mengatasi semua agama  sebagaimana firman Allah Taala dalam surah at-taubah , al-fath dan as-saff.
         
Surah At-Taubah ayat 33 :

åõæó ÇáøóÐöíۤ ÃóÑúÓóáó ÑóÓõæáóåõ ÈöÇáúåõÏóìٰ æóÏöíäö ÇáúÍóÞöø áöíõÙúåöÑóåõ Úóáóì ÇáÏöøíäö ßõáöøåö æóáóæú ßóÑöåó ÇáúãõÔúÑößõæäó  

“ Dialah yang telah mengutus RasulNya ( dengan membawa ) petunjuk ( Al-Quran ) dan agama yang benar untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai”.

Surah Al-Fath ayat 28 :
 
åõæó ÇáøóÐöí ÃóÑúÓóáó ÑóÓõæáóåõ ÈöÇáúåõÏóìٰ æóÏöíäö ÇáúÍóÞöø áöíõÙúåöÑóåõ Úóáóì ÇáÏöøíäö ßõáöøåö ۚ æóßóÝóìٰ ÈöÇááøóåö ÔóåöíÏðÇ 

“Dialah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain dan cukuplah Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh rasul-Nya itu)”

Surah As-Saff ayat 9 :

åõæó ÇáøóÐöí ÃóÑúÓóáó ÑóÓõæáóåõ ÈöÇáúåõÏóìٰ æóÏöíäö ÇáúÍóÞöø áöíõÙúåöÑóåõ Úóáóì ÇáÏöøíäö ßõáöøåö æóáóæú ßóÑöåó ÇáúãõÔúÑößõæäó 

“ Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Berdasarkan tiga ayat diatas nyatalah bahawa tugas Nabi SAW yang sebenarnya  ialah menjadikan agama Islam sebagai agama sekalian alam yang mengatasi dan menundukkan semua agama. 

Itulah sebenarnya tugas terpenting yang nabi saw diutus dengannya.

Persoalannya adakah selama ini kita  umat Islam terutamanya para ulama dan pemimpin benar-benar mengetahui dan memahami serta menyedari tentang tugas Nabi SAW yang terpenting itu.

Kalau ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh para ulama dan pemimpin untuk menjadikan tugas yang mulia itu sebagai satu kenyataan

1.Setakat ini para ulama dan pemimpin terutama ulama Islam banyak menumpukan gerakkan dakwah mereka kepada umat Islam dengan menerangkan hukum hakam yang terkandung dalam Islam serta menganjurkan umat Islam supaya melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya, ini dilakukan melalui ceramah, muktamar forum, seminar dan juga melalui tulisan kitab dan risalah.  Langkah ini tidak begitu memberi kesan kerana ramai para umat Islam hari ini masih lagi gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam, buktinya masyarakat Islam telah dilanda gejalah sosial terutama keruntuhan akhlak dan moral dikalangan pemuda pemudi Islam bahkan ada yang keluar daripada agama Islam dan memeluk agama lain seperti agama kristian,

2.Memartabatkan umat Islam dengan cara penguasaan ilmu fardhu kifayah dengan menitik beratkan kemajuan dunia. Para alim ulama dan pemimpin Islam berpendapat bahawa yang menyebabkan umat Islam menjadi lemah, mundur serta miskin lalu ditindas, dizalimi serta dijajah walupun di negara mereka sendiri adalah kerana umat Islam gagal menguasai ilmu fardhu kifayah. Dengan ini umat Islam kata mereka terpaksa bergantung nasib dengan bangsa-bangsa lain didalam semua bidang terutama dalam politik, ekonomi, teknologi dan ketenteraan. Kata mereka kalau mahu umat Islam dimuliakan, dihormati dan disegani umat Islam mesti menguasai ilmu fardhu kifayah agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam semua bidang lapangan hidup, langkah ini juga gagal kerana dengan menitik beratkan ilmu fardhu kifayah tanpa latihan kerohanian akan menjadikan umat Islam lebih mengenal akan dunia dan segala keindahannya, justeru itu, mengutamakan dunia lebih  daripada akhirat  maka jadilah apa yang sedang berlaku kepada umat Islam hari ini dimana mereka berlumba-lumba  untuk mencari pangkat, kedudukan dan kekayaan hingga berlakunya jatuh menjatuhkan, tindas menindas serta zalim menzalimi dikalangan mereka menyebabkan hilangnya kasih sayang diantara mereka, maka hilanglah perpaduan sejati dikalangan umat  Islam.

3.Tiada usaha gigih dilakukan oleh umat Islam terutama pemimpin dan ulama Islam untuk memastikan undang-undang dan peraturan Islam dilaksanakan secara menyeluruh dalam Negara Islam. Apa yang wujud ialah pemerintahan Islam ala demokrasi dan sosialisme dengan mencampur adukkan undang-undang Islam dengan undang-undang buatan manusia.

4 . Mengiktiraf serta mengakui bahawa agama lain juga ada kebaikannya kerana ia menganjurkan kebaikan dan nilai-nilai yang murni lalu kadang-kadang diadakan dialog antara agama seperti antara agama Islam dan agama kristian untuk mencari persamaan dan kesefahaman. Terdapat juga usaha dakwah mengkritik agama lain terutama kristian dengan membuat perbandingan diantara kitab al-Quran dan Injil dan kadang-kadang ada juga usaha meraihkan bersama perayaan dan upacara keagamaan, iaitu kongsiraya.

Langkah ini tidak akan menjadikan agama Islam mengatasi agama-agama lain, sebaliknya memberi peluang kepada agama lain untuk menyebarkan ajarannya walaupun dinegara Islam.

Maka jelaslah langkah-langkah tersebut tidak akan menjadikan Islam sebagai agama dunia. Banyak lagi soalan yang telah timbul yang memerlukan jawapan dan penyelesaian yang tepat, soalan seperti :
    
Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini tidak lagi menunaikan kewajiban mereka sebagai hamba Allah terutama kewajiban mendirikan sembahyang lima waktu?

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini merasa terbeban dan seolah-olah terpaksa menunaikan kewajiban mereka yang lain seperti berpuasa dalam bulan ramadhan dan mengeluarkan zakat?

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai anggota masyarakat seperti menolong atau membantu orang-orang miskin, orang-orang dalam kesusahan serta orang-orang yang memerlukan, kalau ia tidak menguntungkan diri mereka sendiri?

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini sanggup menindas serta menzalimi umat Islam lain untuk mempertahankan pangkat, kedudukan, harta dan kekayaan mereka hingga hilanglah kasih sayang diantara mereka dan hilanglah perpaduan sejati dikalangan mereka sedangkan Allah dan rasulnya menganjurkan umat Islam berkasih sayang dan tolong menolong dan mengharamkan penzaliman dikalangan mereka?
 
Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini mencintai dunia dan melupakan akhirat, memilih dunia daripada akhirat sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal?

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini kurang yakin lagi dengan keadilan undang-undang Ilahi sehingga mereka tidak ingin undang-undang dan peraturan Islam dilaksanakan secara keseluruhan dalam pemerintahan negara Islam? yang wujud adalah pemerintahan Islam ala demokrasi dan sosialisme yakni mencampur adukkan undang-undang Ilahi dengan undang-undang buatan manusia, sedangkan tiada yang lebih adil daripada undang-undang Ilahi.

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini hidup mereka terumbang ambing jiwa mereka tidak tenang dan tenteram dilanda oleh berbagai-bagai penyakit jiwa sedangkan agama islam itu adalah agama yang membawa keselamatan, ketenangan serta kesejahteraan bagi pemeluknya?

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini sangat fanatik dengan budaya barat dan berbangga dengannya sehingga mereka sanggup meniru apa sahaja orang-orang barat buat walupun ia bertentangan dengan agama Islam? seperti pergaulan bebas, tanpa batas hiburan yang melalaikan dan menghairahkan yang meruntuhkan moral serta akhlak umat Islam terutama dikalangan muda mudi Islam. Mereka telah mencontohi orang-orang barat hampir disemua lapangan hidup, sedangkan sebaik-baik contoh bagi kita umat Islam yang inginkan kejayaan dunia dan akhirat ialah Nabi SAW itu sendiri.

Kenapa ada diantara umat Islam hari ini tidak yakin lagi dengan kebenaran agama Islam sehingga mereka ingin hidup bebas bahkan ada yang keluar dari agama Islam dan memilih agama lain seperti kristian? 

Kesemua soalan diatas menunjukkan bahawa para pemimpin serta ulama Islam telah gagal dalam gerakkan dakwah mereka untuk memberi kesedaran bagi umat Islam tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah serta tanggungjawab mereka sebagai anggota masyarakat, apa lagi menjadikan agama Islam sebagai agama dunia. Ini bererti cara mereka menjalankan dakwah tidak mengikut sunnah Nabi SAW. Kita hanya berjaya membawa semua umat manusia kembali ke pangkal jalan dan seterusnya menjadikan Islam sebagai agama dunia apabila kita ikut cara Nabi SAW berdakwah sebagaimana dianjurkan oleh Allah SWT dalam surah Al- Ahzab 21 :

áóÞóÏú ßóÇäó áóßõãú Ýöí ÑóÓõæáö Çááøóåö ÃõÓúæóÉñ ÍóÓóäóÉñ áøöãóä ßóÇäó íóÑúÌõæ Çááøóåó æóÇáúíóæúãó ÇúáÂÎöÑó æóÐóßóÑó Çááøóåó ßóËöíÑðÇ 

“ Sesungguhnya telah ada pada (diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.

Bagaimanakah cara Nabi SAW berdakwah ? Nabi SAW berdakwah melalui dua cara iaitu melalui lisan dan melalui contoh tauladan samada disegi pertuturan, perbuatan atau budi pekerti. Hari ini dakwah kita kebanyakkan hanya melalui lisan sahaja kerana itu kita masih gagal dalam gerakan dakwah kita.

Berdakwah melalui contoh tauladan adalah lebih berkesan dari berdakwah melalui lisan kerana penglihatan adalah lebih berkesan dari pendengaran. Gabungan daripada keduanya menjadikan dakwah paling berkesan.

Sebab itu kalau kita umat  Islam hari  ini  ingin meneruskan  serta  menjayakan tugas Nabi  SAW  iaitu menjadikan agama Islam mengatasi semua agama agar ia menjadi agama dunia, maka ada dua perkara yang sangat penting yang wajib diketahui serta difahami kerana berjaya atau tidak gerakan dakwah kita adalah bergantung kepada dua perkara ini, iaitu

Kefahaman terhadap agama Islam iaitu dakwah melalui lisan.
Pewaris nabi iaitu dakwah melalui contoh tauladan.

Setakat ini kebanyakan alim ulama menjalankan dakwah mereka dengan menerangkan hukum hakam serta ajaran Islam. Sebagaimana yang telah dinyatakan cara seperti ini tidak berkesan. Umat Islam telah bosan mendengar perkataan halal haram, dosa, seksa dan neraka sehingga ramai umat Islam tidak tertarik dengan ajaran Islam dan akhirnya ada yang keluar daripada Agama Islam.

Di kurun ke 15 ini apa yang perlu kita tekankan bukan soal halal haram, dosa, seksa dan neraka. Umat Islam hari ini perlu diberi kefahaman tentang agama Islam kerana mereka hanya mengetahui agama Islam tetapi tidak memahaminya. Untuk memahami agama Islam perlu mengetahui serta memahami 3 konsep yang terpenting iaitu konsep ketuhanan, konsep agama dan konsep kasih sayang dalam Islam.  
Umat Islam tidak akan berpegang teguh dengan ajaran Islam apabila mereka tidak mengenal Allah SWT.   Hari ini ada diantara umat Islam hanya mengetahui Allah SWT tetapi tidak lagi mengenaliNya, sebab itulah mereka tidak takut dengan Allah SWT lalu mereka berani melanggar perintahNya serta mengabaikan kewajiban mereka sebagai hamba Allah SWT. Sebab itulah perlu diketengahkan semula konsep ketuhanan agar umat Islam bukan sahaja mengetahui tetapi mengenal Allah SWT. Tugas utama para nabi dan rasul ialah memperkenalkan kepada umat manusia siapa sebenarnya tuhan yang layak disembah. Mereka memperkenalkan Allah SWT melalui konsep tauhid yang disimpulkan didalam surah Al-Ikhlas :

Þõáú åõæó Çááøóåõ ÃóÍóÏñ -1, Çááøóåõ ÇáÕøóãóÏõ -2, áóãú íóáöÏú æóáóãú íõæáóÏú -3, æóáóãú íóßõä áøóåõ ßõÝõæðÇ ÃóÍóÏñ-4,   

“ Katakan wahai Muhammad, Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang dituju (untuk meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang menyerupai atau setanding denganNya”. 

Allah itu Esa ertinya bahawa Allah SWT itu tunggal ada Zat , sifat dan perbuatanNya. 

Ini bererti Allah itu tunggal pada zatNya iaitu tiada satu zat yang menyerupai zat Allah SWT. Allah itu tunggal pada sifatNya bererti tiada satu sifat yang serupa dengan sifat Allah. Ada pun Allah tunggal pada perbuatanNya bererti tiada suatu perbuatan pun yang menyerupai perbuatanNya. Allah SWT tempat berhajat. Maksudnya ialah semua makhluk berhajat kepada Allah SWT. Dialah tempat berlindung serta berhajat semua makhluk sedangkan Allah SWT tidak berhajat kepada makhluk. 

Dia tidak beranak. Maksudnya Allah tidak mempunyai anak kerana Dia tidak mempunyai isteri. Dan Dia tidak diperanakkan. Maksudnya Allah tidak mempunyai ibu dan bapa. 

Dan tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya. Ini penegasan semula bahawa tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah SWT samada dari segi zat, sifat dan perbuatanNya. Ini bermaksud bahawa Allah SWT itu tunggal iaitu tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Dialah Tuhan bagi semua umat manusia dimana semua umat manusia wajib menyembahNya. Semua umat manusia hendaklah menyebut nama Allah sebagai langkah pertama untuk mengenalNya.

Konsep tauhid inilah yang dibawa oleh para nabi dan rasul. Manakala konsep syirik itu ialah menduakan Tuhan pada zat, sifat dan perbuatanNya. Konsep inilah yang dibawa oleh iblis dan kuncu-kuncunya  syaitan untuk menyesatkan umat manusia dari jalan benar yang dibawa oleh para nabi dan rasul. Para ulama hendaklah menerangka kepada umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya konsep tauhid yang dibawa oleh para nabi dan rasul ini dan juga konsep syirik yang dipelopori oleh iblis dengan mendedahkan tipu daya iblis serta lankah-langkah yang diambil olehnya  agar semua umat manusia akan kenal Allah SWT dan tidak lagi mensyarikatkan Allah SWT. 

Dalam menerangkan konsep ketuhanan ini perlu juga ditekankan soal kerohanian dengan menerangkan peranan ilmu tasawwuf dalam soal latihan kerohanian. Kerana dengan cara ini sahajalah umat Islam akan dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT untuk mencapai ma’rifatullah iaitu mengenal kepada Allah SWT.

Begitu juga konsep agama, perlu diketengahkan agar semua umat manusia bukan sahaja mengetahui tetapi memahami apa itu agama Islam. Dalam menerangkan konsep agama ini,  hendaklah ditekankan bahawa agama Allah itu adalah merupakan undang-undang dan peraturan dari Allah SWT yang dibawa oleh para nabi dan rasul mulai dari Nabi Adam AS hinggalah Nabi SAW yang telah disempurnakan dizaman kerasulan nabi SAW dan diberi nama Islam. Ini bererti agama langit itu hanya satu sahaja bukan tiga sebagaimana didakwa oleh setengah ulama bahawa agama langit itu ada tiga iaitu agama Islam, agama Yahudi (judisme) dan agama Kristian. Agama yang lain daripada Islam adalah agama buatan manusia bukan agama Allah.
 
Dalam menerangkan konsep agama ini hendaklah juga ditekankan bahawa agama Islam itu adalah agama rahmat bagi sekalian alam iaitu agama kasih sayang dimana undang-undang dan peraturan  terkandung di dalamnya adalah berdasarkan belas kasihan dan kasih sayang bukan sahaja terhadap jin dan manusia tetapi juga terhadap makhluk-makhluk lain yang menyangkut tiga jenis perhubungan iaitu perhubungan manusia dengan penciptaNya perhubungan sesama manusia dan perubungan manusia dengan makhluk lain. Dengan ini bukan sahaja umat Islam bahkan umat-umat lain akan tertarik dengan keindahan agama Islam. Maka mudahlah bagi mereka menerima serta melaksanakan undang-undang dan peraturan agama Islam dengan suka rela dalam kehidupan mereka.
Text Box: WATIKAH KEBENARAN KURUN KE 15 HIJRIAH
Text Box: Back to DVD/VCD Menu   |   Next Page  
Text Box: Back to DVD/VCD Menu   |   Next Page