Text Box: MENYINGKAP KEBENARAN KURUN KE 15 HIJRIAH
Text Box: Back to DVD/VCD Menu   |   Next Page  
Text Box: Back to DVD/VCD Menu   |   Next Page  
Text Box: ÇóáúÍóãúÏõááåö ÇáøóÐöì ÃóÑúÓóáó ÑóÓõæáóåõ ÈöÇáúåõÏóìٰ æóÏöíäö ÇáúÍóÞöø áöíõÙúåöÑóåõ Úóáóì ÇáÏöøíäö ßõáöøåö ۚ æóßóÝóìٰ ÈöÇááøóåö ÔóåöíÏðÇ.  æóÇáÕøóáÇóÉõ æóÇáÓøóáÇóãõ Úóáóì ÓóíöøÏöäóÇ ãõÍóãøóÏò ÎóÇÊóãö ÇúáÃóäúÈöíóÂÁö æóãõÑúÓóáöíúäó ÇóáúãóÈúÚõæúËö ÑóÍúãóÉð áöøáúÚóÇáóãöíúäó æóÚóáóì Çٰáöåö  æóÕóÍúÈöåö Ðóæöì ÇáúÝóÕóÂÆöáö æóÇáúßóÑóÇãóÇÊö ÃóãøóÇ ÈóÚúÏõ.

Saudara-saudara sekalian !

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengutus Nabi SAW dengan membawa agama yang benar untuk mengatasi segala agama. Salawat dan salam ke atas junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW penghulu serta penutup bagi sekalian nabi dan rasul yang telah diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam. Begitu juga salawat dan salam ke atas keluarga serta para sahabat Baginda yang mempunyai kelebihan dan kemuliaan.

Saudara saudari sekalian !

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita dapat berkumpul di tempat ini semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Hari ini saya ingin memperkatakan sesuatu yang menyentuh keadaan umat Islam hari ini serta kebenaran di kurun ke 15 hijrah ini.

Ada suatu persoalan yang sering menjadi tajuk bualan serta perbahasan para alim ulama serta pemimpin Islam iaitu :

Kenapakah umat Islam hari ini tidak lagi disegani dan dihormati bahkan menjadi hina di mana sahaja mereka berada hatta di negara mereka sendiri ?

Apakah menyebabkan demikian ?
Banyak pendapat telah diutarakan dan dikemukakan oleh para ulama dan pemimpin Islam. Tetapi pendapat yang termasyur, bahawa yang menyebabkan umat Islam hina serta tidak disegani lagi ialah:
 
1.  kegagalan menguasai ilmu  berupa fardhu kifayah
2. kesalahfahaman terhadap konsep ibadat dalam Islam 

Semua ini kata mereka menyebabkan umat Islam mundur serta miskin dengan demikian umat Islam telah menjadi hina, ditindas, dijajah dan tidak disegani lagi. 

Benar atau tidak pendapat ini hendaklah kita merujuk kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah untuk mendapat jawapan tepat. Marilah kita lihat Firman Allah dalam Surah Ali- Imran ayat 112 :

ÖõÑöÈóÊú Úóáóíúåöãõ ÇáÐøö áøóÉõ Ãóíúäó ãóÇ ËõÞöÝõæۤÇú ÅöáÇøó ÈöÍóÈúáò ãöøäú Çááåö æóÍóÈúáò ãöøäó ÇáäøóÇÓö

“ Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali ( agama ) Allah dan tali (perhubungan) dengan manusia”.

Dalam Ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa umat Islam akan ditimpa kehinaan dimana sahaja mereka berada selagi mereka tidak berpegang teguh dengan AgamaNya ( Agama Islam ) dan memperbaiki hubungannya dengan manusia. 

Hari ini tidak ada satu pun negara Islam yang benar-benar melaksanakan undang-undang dan peraturan Agama Islam secara menyeluruh ( syumul ) dalam pemerintahan mereka. Apa yang wujud ialah pemerintah Islam ala demokrasi atau sosialisma iaitu mencampur- adukkan undang-undang Islam dengan undang-undang buatan manusia. Ini kerana umat Islam tidak yakin lagi dengan undang-undang Allah S.W.T. Perlaksanaan undang-undang dan peraturan Islam sudah tidak menyeluruh lagi tetapi hanya pada bidang-bidang tertentu sahaja. Mereka mengambil sebahagian daripada undang-undang Islam mana yang sesuai dengan penafsiran serta penilaian mereka dan meninggalkan sebahagian yang mereka anggap tidak sesuai lagi dengan masa dan keadaan. Inilah yang menyebabkan umat Islam menjadi hina seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 85: 

ÃóÝóÊõÄãöäõæäó ÈöÈóÚÖö ÇáßöÊٰÈö æóÊóßÝõÑõæäó ÈöÈóÚÖò ÝóãóÇ ÌóÒóÂÁõ ãóä íóÝÚóáõ Ðٰáößó ãöäßõã ÅöáÇøó ÎöÒìñ Ýöì ÇáúÍóíóæÉö ÇáÏøõäíóÇ æóíóæãó ÇáÞöíٰãóÉö íõÑóÏøõæäó Åöáٰì ÃóÔóÏöø ÇáÚóÐóÇÈö æóãóÇ Çááå õ ÈöÛٰÝöáò ÚóãøóÇ ÊóÚãóáõæäó

“ Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

Kenapa umat Islam hari ini kurang yakin lagi dengan undang-undang Islam ? sebabnya umat Islam hampir keseluruhannya tidak lagi memahami apakah sebenarnya Agama Islam itu, 

Kenapa demikian sebab telah timbul berbagai golongan dalam Islam yang mempunyai berbagai fahaman yang bertentangan satu dengan lain yang menyebabkan perpecahan dan kekeliruan dalam Islam yang paling merbahaya ialah golongan yang mempunyai fahaman anti mazhab dan tasawwuf. 

Konsep anti mazhab menyebabkan umat Islam bebas berfikir dan berani mempersoalkan ajaran Islam terutama hukum Syara' yang telah disusun oleh empat Imam mazhab dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ini mempermudah-mudahkan ajaran Islam mengikut tafsiran mereka. 

Lahirlah berbagai pendapat membawa kepada perpecahaan serta kekeliruan.

Mereka mendakwa bahawa ulama Islam terdahulu meniti beratkan ilmu fardhu Ain mengabaikan ilmu berupa fardhu kifayah seperti yang dipelopori oleh cendikiawan Islam ketika itu seperti 

Ibnu Rusydi dan Al Farabi - bidang Falsafah, 

Ibnu Aflah dan Al Zarqiyali - bidang astronomi, 

Ibnu Sina dan Al Razi - bidang perubatan, 

Al Khawarizmi - bidang Matematik, 

Al Kindi - bidang optik  

Ilmu ini telah beralih tangan kepada orang-orang bukan Islam dan akhirnya menguasainya menyebabkan mereka menguasai bidang perubatan,ekonomi, teknologi dan ketenteraan sehingga umat Islam terpaksa bergantung nasib dengan mereka dalam bidang tersebut.

Tambahan pula kata mereka umat Islam hari ini telah salahfaham terhadap konsep ibadat dalam Islam dengan menganggap bahawa yang dikatakan ibadat itu ialah sembahyang, zikir, berpuasa, naik haji sahaja. Sedangkan kata mereka ibadat itu merangkumi semua aspek kehidupan manusia disemua jurusan menyebabkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam bidang-bidang tersebut secara aktif. ketinggalan dalam semua bidang hingga menjadi hina, lemah serta ditindas.

Kalau mahu Islam dimuliakan oleh umat-umat yang lain hendaklah Umat Islam itu sendiri memiliki ilmu pengetahuan agar dapat bersaing dalam kemajuan dunia. 

mengsyorkan menafsir semula ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran agar sesuai dengan masa dan keadaan serta tempat dengan membuka pintu ijtihad.

melakukan penilaian baru terhadap Agama Islam dengan menitikberatkan kemajuan duniawi dengan cara penguasaan ilmu fardu kifayah dalam semua bidang setanding dengan bangsa-bangsa lain.

Ilmu fardhu kifayah menjadikan seseorang mengenal dunia dan segala nikmatnya dengan lebih dekat lagi. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rum ayat 7 :

íóÚúáóãõæäó ÙóÇåöÑðÇ ãöøäó ÇáúÍóíóÇÉö ÇáÏøõäúíóÇ æóåõãú Úóäö ÇúáÂÎöÑóÉö åõãú ÛóÇÝöáõæäó

“Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai”.

Ini menyebabkan seseorang memilih dunia daripada akhirat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-A’la ayat 16- 17 :

Èóáú ÊõÄúËöÑõæäó ÇáúÍóíóæٰÉó ÇáÏøõäúíóÇ -16, æóÇúáÂÎöÑóÉõ ÎóíúÑñ æóÃóÈúÞóìٰ  -16,  

“ Tetapi kamu memilih kehidupan dunia sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal”.

Nabi SAW pernah bersabda akan datang kepada umatnya satu zaman dimana mereka akan mencintai 5 perkara dan melupai 5 perkara. Diantaranya ialah  

íõÍöÈøõæúäó ÇáÏøõäúíóÇ æóíóäúÓóæúäó ÇúáÃóÎöÑóÉó

“Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat”

Ketahuilah cinta dunia itu adalah pangkal segala kejahatan seperti sabda Nabi S.A.W  .

ÍõÈøõ ÇáÏøõäúíóÇ ÑóÃúÓõ ßõáøö ÎóØöíúÆóÉò

“ Bemula cintakan dunia itu kepala bagi segala kesalahan dan kejahatan”. 

Hasil daripada penitikan berat ilmu fardhu kifayah tanpa latihan kerohanian menyebabkan umat Islam berlumba-lumba mencari harta kekayaan, pangkat dan kedudukkan - menyebabkan hilangnya kasih sayang maka hilanglah perpaduan sebenarnya di kalangan Umat Islam.

Sebenarnya bukan kemiskinan tetapi harta kekayaan, pangkat dan kedudukanlah yang menyebabkan umat Islam menjadi hancur dan hina sebagaimana sabda Nabi S.A.W:

ÝóæóÇááåö ãóÇÇáúÝóÞúÑõ ÃóÎúÔóì Úóáóíúßõãú . æóáٰßöäøöì ÃóÎúÔóì Ãóäú íõÈúÓóØó ÇáÏøõäúíóÇ Úóáóíúßõãú ßóãóÇ íõÓöØóÊú Úóáìó ãóäú ßóÇäó ÞóÈúáóßõãú ÝóÊóäóÇÝóÓõæúåóÇ ßóóãóÇÊóäóÇÝóÓõæåóÇ æóÊõåúáößõßõãú ßóãóÇ ÃóåúáóßóÊúåõãú .

“ Demi Allah, bukan kefakiran aku takuti ke atas kamu sekalian tetapi aku takuti akan dibentangkan dunia ke atas kamu sebagaimana telah dibentangkan ke atas mereka sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka berlumba-lumba dan ia akan menghancurkan kamu sebagaimana ia telah menghancurkan mereka”.     (HR Bukhari, Muslim, At-Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sabda Nabi S.A.W:

ÅöÐóÇ ÚóÙøóãóÊú ÇõãøóÊöì ÇáÏøõäúíóÇ äõÒöÚóÊú ãöäúåóÇ åóíúÈóÉõ ÇúáÇöÓúáÇóãö æóÇöÐóÇ ÊóÑóßóÊö ÇúﻷóãúÑó ÈöÇáúãóÚúÑõæúÝö æóÇáäøóåúíó Úóäö ÇáúãõäúßóÑö ÍõÑöãóÊú ÈóÑóßóÉõ ÇáúæóÍúíö.   
  (ÑæÇå ÇáÊÑãÐí )

“Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan Islam darinya. Dan apabila meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka terdindinglah keberkatan wahyu”  ( HR. Termizi )

Mengapakah kalau umat Islam mengagungkan dunia serta berlumba-lumba untuk memperolehinya akan menjadikan mereka hancur serta hina dan tidak disegani lagi? Ada tiga sebab :

1. tidak membelanjakan harta kekayaannya itu di jalan Allah S.W.T seperti menunaikan zakat, bersedekah, menolong orang-orang dalam kesusahan serta berbuat kebajikan menyebabkan nasib Umat Islam tidak akan terbela.

2. kerana cintakan dunia dan tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman umat Islam sanggup meniru apa sahaja orang-orang barat buat walaupun bertentangan dengan Agama Islam sendiri. Dalam hal ini Nabi S.A.W bersabda : 
Úóäú ÇóÈöì ÓóÚöíúÏòÇáúÎõÏúÑöíöø ÞóÇáó : ÞóÇáó ÑóÓõæúáõ Çááåö : áóÊóÊøóÈöÚõäøó Óóäóäó ÇáøóÐöíúäó ãöäú ÞóÈúáößõãú ÔöÈúÑðÇ ÈöÔöÈúÑòæóÐöÑóÇÚðÇ ÈöÐöÑóÇÚò ÍóÊøٰì áóæúÏóÎóáõæúÇ Ýöì ÌõÍúÑöÖóÈòø áÇóÊøóÈóÚúÊõãõæúåõãú¡ ÞõáúäóÇ : íóÇ ÑóÓõæúáó Çááåö ÂáúíóåõæúÏõ æóÇáäøóÕóÇÑóì ÞóÇáó Ýóãóäú ¿.    ( ÑæÇå ãÓáã ) 

“ Sesungguhnya kamu akan pasti mengikut perjalanan orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga apabila mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu pasti akan masuk ke dalamnya juga”. Sahabat berkata “ Adakah mereka itu Nasrani dan Yahudi”. Nabi S.A.W menjawab “ Siapa lagi?”.

Hadis ini menunjukkan bahawa umat Islam akan menjadi sangat fanatik dengan orang-orang barat, Yahudi dan Nasrani sehingga mereka sanggup meniru apa sahaja orang-orang barat buat walaupun bertentang dengan ajaran Islam bahkan mereka berbangga dengannya. Umat Islam telah meniru orang-orang barat sama ada dari segi kelakuan, cara berpakaian, cara makan minum, cara bergaul dan cara berfikir. Tetapi yang sangat ketara dalam hal ini ialah pergaulan bebas tanpa batas dan hiburan yang melalaikan dan menghairahkan yang menyebabkan keruntuhan moral serta akhlak terutama di kalangan pemuda pemudi Islam.

Hari ini kalau ada umat Islam yang meniru atau mencontohi Nabi SAW sama ada dari segi kelakuan, cara berpakaian, cara makan minum, cara bergaul dan cara berfikir maka mereka akan memandang rendah serta menganggap mereka sebagai kolot, jumud dan ketinggalan zaman padahal sebaik-baik ikutan bagi umat Islam yang inginkan keselamatan dan kebahagian di dunia dan akhirat ialah Nabi SAW itu sendiri sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 :

áóÞóÏú ßóÇäó áóßõãú Ýöí ÑóÓõæáö Çááøóåö ÃõÓúæóÉñ ÍóÓóäóÉñ áøöãóä ßóÇäó íóÑúÌõæ Çááøóåó æóÇáúíóæúãó ÇúáÂÎöÑó æóÐóßóÑó Çááøóåó ßóËöíÑðÇ 

“ Sesungguhnya telah ada pada (diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu)bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.

Orang yang cintakan dunia akan takut mati - mudah diperalatkan oleh bangsa-bangsa lain untuk menghancurkan Agama serta umat Islam sendiri, sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan pangkat dan kekayaannya walaupun menindas atau menzalimi umat Islam hatta ia sanggup berpihak dengan orang-orang bukan Islam. Sabda Nabi SAW : 
Úóäú ËóæúÈóÇäó ÑóÖöìó Çááå õÚóäúåõ ÞóÇáó : ÞóÇáó ÑóÓõæúáõ Çááåö : íõæúÔößõ Çúﻷõãóãõ Çóäú ÊóÏóÇÚóì Úóáóíúßõãú ßóãóÇÊóÏóÇÚóì ÇúﻷóßóáóÉõ Çöáóì ÞóÕúÚóÊöåóÇ¡ ÝóÞóÇáó ÞóÇÆöáñ : æóãöäú ÞöáøóÉò äóÍúäõ íóæúãóÆöÐò ¿ ÞóÇáó Èóáú ÃóäúÊõãú íóæúãóÆöÐò ßóËöíúÑñ æóáóßöäøóßõãú ÛõÔóÇÁñ ßóÛõËóÇÁö ÇáÓøóíúáö¡ æóáóíóäúÒöÚóäøó Çááå õãöäú ÕõÏõæúÑö ÚóÏõæöøßõãú ÇáúãóåóÇÈóÉó ãöäúßõãú¡ æóáóíóÞúÐöÝóäøó Çááå õ Ýöì ÞõáõæúÈößõãú Çáúæóåúäó¡ ÝóÞٰÇáó ÞóÇÆöáñ : íóÇ ÑóÓõæúáó Çááåö æóãóÇÇáúæóåúäõ ¿ ÞóÇáó : ÍõÈøõ ÇáÏøõäúíóÇ æóßóÑóÇ åöíóÉõ ÇáúãóæúÊö.   ( ÑæÇå ÇÈæÏÇæÏ )

“ Akan datang suatu masa, umat lain akan memperebutkan kamu, ibarat orang yang lapar yang merebutkan makanan dalam hidangan. Maka berkata seorang : ‘ Apakah lantaran jumlah kami hanya sedikit pada waktu itu ?. jawab Nabi S.A.W : Bahkan, kamu pada waktu itu banyak, akan tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung di atas air bah. Dan sesungguhnya Allah akan mencabut kehebatan kamu dari dada musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan dalam hati kamu al- wahan ( kelemahan dan kehinaan )’ Berkata seorang : ‘ Ya Rasulullah apakah itu al- wahan ?’. Baginda menjawab : ‘ Cintakan dunia dan takut mati’.

Fahaman anti tasawwuf dan tareqat menyebabkan umat Islam menjauhkan diri dari latihan kerohanian kerana takut tersesat jalan. Apabila umat Islam tidak bergaul dan mendekatkan diri dengan guru-guru kerohanian mereka tidak mendapat didikan kerohanian justeru nafsulah menguasai mereka.

Ketiadaan sistem didikan kerohanian di institusi-institusi tinggi pengajian  Islam maka lahir dari institusi-institusi ini ulama serta intelek Islam yang alim pada lidah tetapi hati kosong daripada makrifatullah 

hanya mengajar ilmu pengetahuan tetapi tidak boleh memdidik jiwa umat Islam