Riwayat Hidup – YMTG Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Ghaus, Al-Bikangi RA
by The.Original.Path Author | 323 Pages | Published On 29th July 2016
Pada tahun 1920, di sebuah desa di bahagian Barat Pakistan yang dikenali dengan nama Dara Hazarah, lahirlah seorang putera dikalangan keluarga yang sangat taat kepada Allah. Tiada yang menyangka putera ini bakal menjadi seorang Wali Allah akhir zaman. Namanya akan harum bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat malah segenap pelusuk rantau yang diziarahinya, hinggakan
ada yang sanggup menjejah beribu-ribu batu semata-mata hanya untuk bersua dengannya.
Liku-liku hidupnya penuh dengan pengajaran dan suri tauladan bagi siapa sahaja yang benar-benar ingin menempuh jalan kembali kepada Allah SWT serta ingin menegakkan kebenaran.